Saturday, May 16, 2015
Selamat Hari Guru
Kerjaya guru dikatakan merupakan salah satu kerja yang menjadi kegemaran wanita di Malaysia ini. Jadi tidaklah menjadi satu yang pelik jika 90 peratus daripada penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terdiri daripada kaum wanita.
Monopoli kaum wanita dalam sesuatu kerjaya bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia ini. Sebagai contoh pasar Siti Khatijah di Kota Bahru, Kelantan hampir kesemua peniaga di sana terdiri daripada kaum wanita.
Selain daripada pekerjaan guru yang dimonopoli kaum wanita, golongan wanita yang pada hari ini wanita yang merupakan golongan majoriti di universiti telahpun memecahkan monopoli pekerjaan kaum adam seperti di bidang kejuruteraan, perakaunan dan perubatan.
Namun begitu semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan guru yang majoritinya terdiri daripada kaum wanita. Akhir kata Selamat Menyambut Hari Guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment