Saturday, May 23, 2015
Sunday, May 17, 2015
Membeli rumah sebelum berkahwin?
Cik Hafizah baru bekerja 11 bulan mampu membeli sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam
Sudah menjadi trend anak-anak dara untuk membeli rumah sebelum berkahwin. Tidak ketinggalan Cik Hafizah kerana baru bekerja 11 bulan mampu membeli sebuah rumah. seperti yang ditulis di kebanyakan laman web seperti http://magicalips.com/2015/05/selepas-11-bulan-kerja-wanita-ini-mampu-beli-rumah-di-usia-muda.html
Nampak macam mustahil tetapi di zaman teknologi maklumat pada hari ini semuanya boleh dilakukan dengan syarat mempunyai tekad dan usaha yang tak kenal putus asa. Antara contoh buku yang anda boleh baca buku-buku seperti berikut:
http://investandtravel.blogspot.com/2015/03/panduan-mudah-membeli-rumah-pertama-anda.html
Mudahnya Beli Rumah Karya Dr Azizul
Jangan lupa, sebagai langkah pertama jangan malu-malu untuk mendaftar rumah mampu milik di bawah program Selangorku. Buat masa ini terdapat 16 projek perumahan mampu milik yang anda boleh pilih. http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list&req=detail&h=1&pid=1000010
Saturday, May 16, 2015
Selamat Hari Guru
Kerjaya guru dikatakan merupakan salah satu kerja yang menjadi kegemaran wanita di Malaysia ini. Jadi tidaklah menjadi satu yang pelik jika 90 peratus daripada penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terdiri daripada kaum wanita.
Monopoli kaum wanita dalam sesuatu kerjaya bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia ini. Sebagai contoh pasar Siti Khatijah di Kota Bahru, Kelantan hampir kesemua peniaga di sana terdiri daripada kaum wanita.
Selain daripada pekerjaan guru yang dimonopoli kaum wanita, golongan wanita yang pada hari ini wanita yang merupakan golongan majoriti di universiti telahpun memecahkan monopoli pekerjaan kaum adam seperti di bidang kejuruteraan, perakaunan dan perubatan.
Namun begitu semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan guru yang majoritinya terdiri daripada kaum wanita. Akhir kata Selamat Menyambut Hari Guru.
Subscribe to:
Comments (Atom)




